Hai guys….aku harap korang enjoy dgn blog post aku yg lepas…so kali nie blog post aku nk share story pasal jokes yg ade kaitan dgn sekolah atau insiden2 yg sering berlaku di sekolah…… so jom check it out ~
· DAPAT 100% MARKAH :
“ Mama….hari nie saya dapat markah 100% kat sekolah…” kata Yani kpd mamanya…
“Iya ker???macam nie lah anak mama yg pandai…pelajaran apa yg kamu dapat 100% tuh???”Tanya ibunya…
Anaknya pun menjawab… “Matematik 30% , Bahasa Melayu 50% dan Sejarah 20%...so total semua markah 100% lah…. Hehehehe”
Ibunya berkata di dalam hati…. ‘bertuah punya anak…..’
Moral of the story : nie lah akibatnya kalo dapat anak yg terlampau pandai… sabar jela~ hahahaha
· HADIAH HARI GURU :
Suatu pagi di dalam kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman…cikgu sedang memberikan cadangan kpd murid-muridnya tentang hadiah Hari Guru esok…
Cikgu : saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yg kamu nak berikan…yg penting ikhlas…
Murid : tapi cikgu, hadiah yg macam mana??
Cikgu : cikgu cadangkan begini, jika ibu bapa kamu penanam jagung…jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh…
Murid-murid : owhhhh…. Begitu…….
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dgn pelbagai jenis hadiah….macam-macam ada…tersenyum lebar cikgu….
Cikgu : hah! Kenapa kamu berpeluh nie mamat?? Datang lewat pulak!
Mamat : usung hadiah cikgu….tuh ada kat luar kelas…
Cikgu : ya Allah….batu nesan mamat???
Mamat : ha….aaaa (dgn bangga menjawab)
Cikgu : ayah kamu kerja apa??
Mamat : PENGGALI KUBUR cikgu..
Cikgu : hemmm.patutlah…..
Moral of the stori : kalo nk bagi hadiah kat seseorang tuh…bagi lah yg sesuai…at least biarlah dia bangga dgn hadiah yg kita bagi tuh,, kan3??????
· CITA-CITA TINGGI
Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah luar Bandar telah tamat tempohnya…sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dgn secerianya memulakan kelas pertama dgn Cikgu Fery.
Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu yg ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dgn bertanyakan cita-cita mereka.. satu persatu pelajar dgn penuh bersemangat menjawab..
Farid : saya nak jadik doktor..
Cikgu Fery : bagus…nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma…
Ikhwan : saya nak jadik petani moden…
Cikgu Fery : lagi bagus…nanti hantarkan bekalan sayur percuma kat rumah cikgu…
Cikgguuuuuu !!! sahut seorang pelajar bernama Shahril dari meja belakang…
Cikgu Fery : yer saya….
Shahril : cita-cita diorang tak mencabar langsung la cikgu…cita-cita saya nak pecahkan rekod dunia…saya nak jadik orang yg pertama jejak kan kaki kat planet matahari…
Semua murid bertepuk tangan dan bersorak..
Cikgu Fery : saya rasa cita-cita awak tuh akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak lah…kan planet matahari tuh panas…terbakar lah kaki awak nanti…tengok macam petang nie la, panaskan…tapi jaraknya masih jauh….
Semua pelajar pandang Shahril…
Shahril : ala…cikgu nie….cikgu ingat saya nie bodoh sangat ke??saya tau lah matahari tuh panas….tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk…macam malam semalam sejuk je….
Semua murid bertepuk tangan dan bersorak…..
Cikgu Fery : halamak………
Moral of the stori : boleh ke sampai ke matahari tuh??? Rasa mcm tak je… pape hal pun…jgn lah buat something luar jangkaan kita…
Orait…that’s all from me… jgn lupe check out latest blogpost aku lagi yek….chow~ peace yo !
No comments:
Post a Comment
please and thank you leave a mark after done reading it.. :)